Monday, November 1, 2010

Peta laluan kayuhan

Hari 1, 5hb November, Jumaat: keliling Pulau Pinang



Hari 2, 6hb November, Sabtu: Butterworth ke Taiping


Hari 3, 7hb November, Ahad: Taiping ke Malim Nawar


Hari 4, 8hb November, Isnin: Malim Nawar ke Behrang


Hari 5, 9hb November, Selasa: Behrang Ulu ke Bandar Tun Razak, Cheras


Sunday, October 31, 2010

Thursday, October 28, 2010

Kemaskini jadual perjalanan


pra-jelajah

29hb Okt: 3 buah basikal akan dihantar dgn tren dari kL ke Butterworth.

3hb Nov: 10pm, 3 org peserta (Muzammil, Zulhabri & Azizan) akan naik tren malam dr kL Sentral ke Butterworth

4hb Nov: dijangka tiba di stesyen Butterworth sekitar jam 5am. Pagi tu gi pejabat KTMB Distribution untuk ambik basikal. Aktiviti bebas, mungkin jalan2 sekitar Penang kot. Tumpang tidur rumah kawan Zulhabri di Butterworth.
10pm - Ah Chong akan naik tren malam ke Butterworth dgn membawa sendiri basikal beliau.

5hb Nov: Ah Chong dijangka tiba di stesyen Butterworth sekitar jam 5am. bersiap sedia utk 'tour island', dijangka ambil masa maksimum 10 jam. malam tu menumpang tidur di rumah kawan Zulhabri di Butterworth. jarak anggaran pusing pulau sekitar 82 km

6hb Nov: persiapan sebelum touring, bergerak menuju ke Kamunting, Taiping. jarak anggaran sekitar 85 km. Tumpang tidur rumah sedara Wakjan di Kamunting.

7hb Nov: persiapan utk touring. pusing2 Taman Tasik Taiping sebelum bergerak menuju ke Malim Nawar. jarak anggaran sekitar 127km, tumpang tidur rumah family Zulhabri.

8hb Nov: persiapan utk touring, bergerak menuju ke Diamond Creeks, Behrang Stesyen, Tg. Malim. Tumpang tidur di rumah adik Zulhabri. Anggaran jarak sekitar 100 km.

9hb Nov: bergerak menuju ke Cheras, KL. Anggaran jarak sekitar 102km. Touring tamat, bersurai ...

Anggaran jumlah jarak perjalanan: minima 495.4 km

Slowly2 Go Down


View Slowly2 Go Down: Plan B in a larger map

mengikut map, tu. route kita dibahagikan pada 5 hari:

Day 1 = 82 km, pusing2 Pulau Pinang bermula dari jeti feri dan berakhir juga disitu. Paksu saya (beginner cycler) pernah buat seorg diri dlm masa 5.5jam ikut laluan yg sama. jadi kita tak expect nak laju2 camtu, dpt dlm 9 - 10 jam pun kira ok. itu dicampur waktu makan - minum, rehat & bergambar kenangan. mlm, kita cuba tumpang tidur di rumah rakan (kalau ada). kalau tiada, kita naik ke tanah besar tidur di mana2 masjid sekitar Butterworth. 82km utk hari pertama, sesuai utk sesi pemanas badan serta pengenalan pada semua peserta. laluan 'jersi raja bukit' menanti kalian di laluan menuju ke Balik Pulau hingga ke Teluk Bahang. Uphill serta downhill yg menarik hihihi ...

Day 2: 103 km, lebih sikit dr kayuhan hari pertama. kaki & bontot pun dah mula panas kan hehehe. bermula dari jeti seberang ke sebuah masjid di Changkat Jering. kita divert sikit dari Route #1, memasuki taman tasik taiping utk menikmati pemandangan menarik. kalau boleh, saya nak tumpang rumah mertua makcik saya di Changkat Jering, itupun kalau diaorg ada le. takde kalu, tidur masjid ajelah ...

Day 3: 137 km, lebih lagi sikit dari hari kedua. laluan jersi raja bukit menanti semua bermula dari Bkt Gantang, diikuti Bkt Berapit. kita masuk Kuala Kangsar singgah kat beberapa spot menarik, pekena laksa & cendol yg famous tu. kemudian sambung perjalanan memasuki Ipoh sebelum kayuhan ditamatkan di Masjid pekan Kampar.

Day 4: 132 km, kurang sikit dr jarak hari ke3. bermula dari Kampar, kita akan memasuki chenderiang, tapah, bidor, pastu sungkai, slim river, tg. malim dan berakhir di masjid Kuala Kubu bharu. laluan yg bercampur aduk antara rata dan bukit2 kecil.

Day 5: 70 km, dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Bandar Tun Razak. sengaja saya pilih jarak ini, utk 'cooling off' period. dpt sampai rumah masing2 awal sikit, sempat utk berehat sementara esoknya nak kerja kan ...

jadi, semua berjumlah 524 km, tunaiiii ...

disediakan oleh Wak Jan selaku ketua jelajah