Monday, January 10, 2011

Derita pertama




Mukadimah

Pertamanya, ini merupakan kerja gila, kenapa? Sebab aku tersetuju untuk menyahut cabaran Wak Jan untuk mengayuh basikal selama 5 hari dengan purata 100km lebih setiap hari. Memang kerja gila untuk aku yang kali terakhir mengayuh basikal secara konsisten tahun 1994 dan selepas itu bersara kerana menuntut ilmu di penjara agama berstatus kebangsaan.

Ketika idea mengayuh ini dilontarkan Wak Jan, sekutu backapckers yang aku kenali melalui kawan sekolah bernama Siput, aku teruja dan lantas meyakini kemampuan diri sendiri yang walaupun sebenarnya lutut sudah longgar akibat kekerapan beraktiviti bukan zina. Oleh kerana aku sudah bertekad untuk turut serta, aku gagahi diri juga dan sebelumnya telah diuji keras terlebbih dahulu oleh Wak Jan dengan tayar tebal mengharungi perjalanan panas terik melalui jalan sempit, berbukit dan berbahaya dari UiTM Puncak Perdana ke Kuala Selangor pergi pulang 2 minggu sebelum trip.

Detik2 terakhir bersama kenderaan bergasolin

Aku bertolak dari Kelana Jaya dihantar Diyana ke Bukit Jalil untuk menaiki bas jam 12 tengah malam ke Butterworth. Sedih juga terpaksa berpisah sementara dengan si Diyana yang kami sangat akrab sebelumnya dan bertambah pilu mengenangkan keperihan kayuhan yang akan menanti, haha. Ok masuk dalam bas dengan baju jersi dan track suit siap dipakai, layan lagu dan lenalah.

Menghampiri subuh bas berjaya tiba dengan selamat di Butterworth yang kini berada di bawah jajahan Pakatan Rakyat, perlu ke sebut? Mestilah perlu kan, hehe. Sambil menunggu pagi, aku layan lagu Peterpan berjudul 'Menunggu Pagi' berulang kali sambil bermuhasabah diri melihat pelajar2 rombongan dan guru2nya keluar masuk surau di stesen keretapi Butterworth - markas menunggu.

Kayuhan bermula

Ok, untuk trip ini akan ada 5 peserta - aku, Wak Jan, Subki, Epai dan Muzammil. Semua aku tak kenal kecuali Wak Jan dan semuanya otai dalam bab kayuh2 ni seraya menjadikan aku agak cuak untuk meneruskan trip ini, takut2 kayuhan aku sangat lembab lantas menjengkelkan mereka, hehe.

Selesai bab teknikal, kami memulakan kayuhan lebih kurang jam 10 pagi merentasi selat yang memisahkan tanah besar dengan pulau menaiki feri. Kayuhan awal singkat sahaja sebelum basikal tidur sebentar di dalam feri dan kami harus membayar tol sebanyak RM1.50 untuk menaiki feri, pengalaman menarik sebab sepanjang aku naik motorsikal pun tak pernah bayar tol..hmm sial la Lim Guan Eng! haha

Menjejak pulau, kami bertemu Abang Idris - orang Pulau Pinang dan pengayuh handal juga khabarnya. Tanpa melengahkan keterujaan, kami (atau aku?) pun memulakan penderitaan dari Pengkalan Jeti menuju Bayan Baru menyusuri pantai melalui jalan bersimen yang kalau tiada Abang Idris janganlah harap kami boleh ketemu.

Kayuh punya kayuh dengan kelajuan sekitar 15-20km/j, kami melewati Queensbay Mall, mal ni banyak sejarah sebab di dalamnya ada kedai buku Borders dan aku pernah terlibat menolong proses sorting semasa masih berkhidmat di kedai buku agen Amerika tu seperti yang didakwa UMNO, hehe. Lucunya Borders di Malaysia dikendalikan kumpulan Berjaya yang kita sedia maklumlah prestasi hubungan baik mereka dengan pemerintah, praktik2 lain tu tak tahulah - malas nak bersangka buruk ;p

Kayuhan aku semakin menunjukkan tahap yakin dan selesa, ye lah bukit belum diharungi lagi kan. Singgah sebentar minum air kelapa menghadap Pulau Jerejak sambil merasa sedikit2 malu kerana berkayuh di hari Jumaat, apa la Wak Jan ni? tak sensitif betul, keke.

Kayuhan diteruskan dan kali ini melewati jalan berbukit menuju Balik Pulau dan ya aku menderita sedikit sebanyak, namun aku gagahi juga untuk membuktikan kepada dunia bahawa Zulhabri Bisa! haha. Sambil2 kayuh tu aku twit2 juga untuk mengemaskini lokasi dan peristiwa, mana tahu twit atau status Facebook itu yang terakhir sebelum pemilik kita nak ambil balik kan, kita kan hak dia.

Oleh kerana penat, macam biasa kami akan berhenti2 bila nafas dan kaki dah tak semenggah dan semasa psiko tahap tertinggi melihat jalan mencanak ke atas, Yusmadi yang juga MP Balik Pulau mengajak melepak bersama di pekan. Baru je cakap kepentingan kemaskini di media sosial ni, melaluinya kita boleh merapatkan hubungan dan macam-macamlah.

Kalau berkayuh basikal ni, penderitaan adalah pendakian dan kesenangan adalah menuruni bukit, tapi tidak untuk Subki selaku raja bukit yang memecut laju macam Le Tour De Langkawi pulak. Aku seboleh mungkin memposisikan di tengah2 supaya tidak ketinggalan sebab kalau posisi di belakang pastinya akan menyukarkan mental.

Singgah makan di restoran nasi kandar di Pekan Balik Pulau yang kemudian disertai Yusmadi dan kami hanya bicara santai kerana kondisi yang dalam keadaan letih dan mental masih tak stabil memandangkan masih ada satu lagi bukit menuju Teluk Bahang yang bakal memporakperandakan diri ini.

Yusmadi sempat mengajak aku menolong dia di sini dan setelah berpusing2 melewati desa di Balik Pulau, aku rasakan tawarannya menarik juga kerana secara random aku berjaya melihat banyak dara pingitan di sepanjang jalan dan ehem mereka malu2 pula :)

Derita

sambung nanti, penat dah menaip ni....

foto2 lain di sini

tulisan Wak Jan di sini